Monday 28 December 2009

sana sini

layan je la gambar2 tuh..tak de mood la skrg nak up date blog...jiwa kacau....Pizza tu home made kat umah akak sepupu di Bukit Puchong...dan mandi manda dengan sepupu2 kat Pangsun,Hulu langat...2 minggu lepas..
Layannn..........





















Wednesday 23 December 2009

Mee Wantan Goreng

Mee jenis ni sebenarnya sesuai kalau di masak berkuah seperti sup..Tapi biasa la aku lebih suka di goreng dari berkuah..Mee wantan ni nak la di kisai dulu sebelum di rebus dalam air yang begitu betul2 mendidih.Sekiranya tak di didihkan airnya terlebih dahul takut nanti dia akan berketul.Maklumlah struktur meenya terlalu halus.Sebab tu dia sesuai makan berkuah.
Menu yg aku bawak ke tempat kerja semalam...:

Bahan2nya:

2 peket mee wantan
Sedikit isi dan tulang2 ayam
8 ulas bawang putih - di cincang halus
8 biji lada kampung - di potong halus2
sedikit minyak bijan untuk di tumis
kobis - sebagai rencah sayur

Cara2nya:

Kisai kan dulu mee wantan tadi dan di rebus di dalam air yg betul2 mendidih.Jangan di rebus sekali gus tetapi di rebus sedikit demi sedikit.

Tumis kan bawang putih dan lada kampung sehingga naik bau.kemudian masukkan isi dan tulang2 ayam dan tumis lagi hingga empuk.Tambahkan sedikit air.

Masukkan kobis dan bila kobis dah agak layu baru masukkan mee wantan td dan kacau rata dan agak sedikit kering baru di tutupkan api.

Sedia di makan...

P/S : Pic aku taruk later eik....hp masalah mms

Monday 21 December 2009

sambal beracun

Bahan-bahannya :-

Ikan Bilis - segenggam
cili api kg - 20 biji
bawang besar - sebiji
asam sunti - 3 keping
(blimbinbg buluh yg dah di rebus dan di keringkan)
gula - 1 s/teh
sedikit garam

cara2nya:
Kesemua bahan tadi di kisar halus.Kecuali asam sunti..Tumiskan semuanya hingga pecah minyak dan masukkan sedikit garam dan gula serta asam sunti td...tumis hingga masak dan sedia di makan

Wednesday 16 December 2009

SUP AYAM RINGKAS

Lauk ni aku masak malam tadi untuk bekal ke tempat kerja.Bahannya ringkas dan yg ada kat dapur jer...aku tak tumis tapi terus lebur gitu jer...

Bahan-bahannya :

ayam - 8 ketul
bawang putih - 5 ulas
halia - sebesar ibu jari
kiub ayam knorr - 2 ketul
cili api - 6 biji
asam keping - 1 keping
soo hoon
4 biji kentang - di potong kecil2


Caranya:
bawang putih dan halia di cincang.kemudian masukkan beberapa cawan air dalam periuk dan masukkan semua sekali bahan termasuk ayam.Rebus hingga kuahnya sedikt kering dan pekat.sedia di makan

Monday 7 December 2009

Takoyaki

Sejenis makanan Jepun.Bahan2 dia aku ikut citarasa aku sikit cedok dari blog Ex-Jurulatih aku sikit..Rasanya bolehla sebab aku tak pernah rasa yang asli punya.Tapi memenuhi citarasa tekak ku.


Bahan-bahan tepung :

tepung jagung 4 senduk kecil
tepung gandum 2 senduk kecil
telur sebiji
kiub ikan bilis sebiji
sedikit air dari ais
sedikit kobis di cincang
garam secukup rasa



Bahan-bahan inti :
10 ekor udang sederhana
(di potong kecik2)
cendawan butang -potong dadu


Bahan sos :
3 ulas bawang puih
sedikit sos tiram
dan sedikit minyak bijan
sedikit air

cara membuat sos :

Panaskan minyak bijan.Tumiskan bawang putih hingga gaing.Tuangkan sedikit sos tiram dan tambahkan sedikit air kemudian masak hingga kuah pekat.


Bahan-bahan tabur :
seaweed
udang geragau
mayonise
udang geragau dan seaweed di sangai atas api dan di kisar kering


Nota : Udang boleh di tukarkan kepada sotong atau bahan2 lain mengikut citarasa sendiri.Resepi sebenarnya menggunakan Octopus.



Cara-caranya :-

satukan tepung jagung dan tepung gandum.Gaul rata.Kiub ikan bilis di bancuh dengan sedikit air panas dan di biarkan sejuk seketika(airnya jgn bnyak)sekadar menghancurkan kiub sudah memadai.


Masukkan sedikit demi sedikit pati ikan bilis td.Kemudian air dari ais sedikit demi sedikit sehingga tepungnya cantik...Jangan bancuh terlalu pekat tapi sedikit cair dari bancuhan tpung jala kira dah ok.


Bila struktur tepung dah ok,baru masukkan telur tadi dan kacau lagi sampai sebati.Masukkan pula kobis yang dah di cincang dan gaul lagi bagi rata.masukkan secubit garam.Ketepikan sebentar.


Cara Memasaknya:

Panaskan bekas bahulu @ Cara...(aku tak de bekas dia yang bulat)
leserkan dengan sedikit minyak..supaya tak melekat....
Bila dah betul-betul panas,tuangkan bancuhan tepung tadi ke dalam acuan td sambil memasukkan bahan-bahan inti.




Tuangkan bancuhan tepung tu biar melimpah.Bila separuh masak,terbalikkan dia dan bentuk2 kan agar jadi bulat dan cantik.

Bila dah masak,susunkan di dalam pinggan bersesuaian dan tuangkan kuahnya..di ikuti seaweed dan udang geragau yang di sangai atas api dan di kisar kering tadi.Akhir sekali, taburkan mayonise dan sedia untuk di makan.

Thursday 3 December 2009

Salam

Salam semua,
Aku buat blog ni untuk berkongsi masakan dan apa juga makanan yg pernah aku sediakan...
buat satu blog mengenai makan dan makan senang sikit kan.Aku bukan lah rajin sangat memasak.tapi kalau kesempatan tu aku sediakan lah juga...So sebagai perkenalan hari ini,aku saje nak promote sikit tepung tempura yang sahabt klfm aku jual ni..500gm pada harga RM7.
Mula-mula aku masak memang aku kata ni sebijik macam tepung goreng pisang adabi.Alah yang wangi n ranggup tuh.Rupanya aku terlupa nak bancuh dgn air sejuk.Tapi bila kali kedua aku bancuh guna air ais baru lah strukturnya cantik dan kalau di bancuh malam dan di simpan di dalam peti ais lagi cantik....so tengok jelah hasilnya di bawah ye..



ISI IKAN SALUT TEMPURA:

fillet ikan
(ada di jual di care4 dan Tesco)
Lada sulah
Tepung tempura Bistari
Minyak untuk menggoreng


Caranya:-
Fillet ikan di sapukan dengan sedikit lada sulah.
Bancuhkan sedikit tepung tempura dengan air dari ais
(jangan terlalu cair dan terlalu pekat)

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak sepanasnya...
(biar api besar)
Bila dah cukup panas baru celupkan isi ikan tadi dan goreng hingga garing.

Enak di cicah dengan tartar sos..tapi aku cicah dengan mayonise jer