Tuesday, 1 June 2010

Menu Hari Cuti-Wesak Day

atas sebelah kiri,sambal belacan,ikan pekasam
bawah sebelah kiri,rendang cili api ayam(adik aku bawak balik) dan pucuk manis masak lemak


Sebenarnya malas nak memasak.Tapi bila tengok pucuk manis yang aku tanam tepi pagar rumah merimbun jer aku naik geram.Tetiba pulak tekak ni ni rasa gatal nak makan masak lemak..Tapi di sebabkan tak de ubi keledek so aku gantikan dengan ubi kentang.


Bahan2nya:


Secekak pucuk manis

(dapat banyak juga aku petik)

2 biji ubi kentang- di potong 6

sebiji bawang besar

2 ulas bawang putih

segenggam ikan bilis

sekotak santan M&S


Cara2 memasaknya:-


Bawang besar dan bawang putih serta ikan bilis di tumbuk.

(jangan blend k tak sedap)

Rebus seketika pucuk manis dengan sedikit santan cair.Setelah agak empuk dan lembut,masukkan bahan yang di tumbuk tadi.Rebus seketika ubi kentang yang di potong tadi sehingga empuk.Setelah agak empuk masukkan pula santan pekat dan biar mendidih.masukkan sedikit garam dan padam kan api...




Bila dah masak lemak ni lawannya p[ulak sambal belacan harus ada.Baru mengena ye tak...


bahan2 nya:-

5 biji cili merah

10 biji cili api kampung

sebiji bawang besar-di potong 4

sebesar ibu jari-belacan

6 biji asam belimbing buluh


Kesemua bahan tadi di goreng seketika..dan kemuadian di tumbuk lumat...sedia untuk di hidangkan

No comments:

Post a Comment